Search

Kursus Kepimpinan PMIMSU'09

           Pada 28 april 2009 yang lalu bersamaan dengan 3 jamadilawal 1430 iaitu pada hari selasa  telah diadakan kursus motivasi yang dianjurkan oleh persatuan mahasiswa islam, management & science university bertempat di hall F. Kursus tersebut berlansung pada waktu malam iaitu pada jam 9 malam hingga jam 11 malam yang dipengerusikan oleh saudara Mohamad Halim, iaitu selaku presiden persatuan mahasiswa islam MSU. Kursus ini telah dihadiri oleh para pimpinan majlis tertinggi (MT) persatuan mahasiswa islam, exco PMI, dan ketua unit bagi setiap exco, management & science university iaitu seramai 30 orang. Kursus ini turut disertai oleh ahli kelab penyayang PTPL bersama-sama presiden persatuannya. Objektif utama diadakan program ini adalah untuk melahirkan pimpinan yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan di samping menekankan sikap toleransi, berdisiplin, menepati masa dan professional. di samping itu juga, secara tidak lansung akan melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah cemerlang juga dalam bidang pengurusan

           Kursus yang berupa ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada University Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Ustaz Anhar. Beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat sibuk dalam menyampaikan ceramah dan terkenal di kalangan warga UPSI di perak. Seribu penghargaan kepada beliau kerana dalam kesempitan waktu dan ruang, beliau masih lagi sudi untik menerima jemputan kami. Terima kasih diucapkan. Tajuk ceramah beliau ialah “ Memegang tampuk kepimpinan sebagai satu bentuk dakwah”. Beliau telah menerangkan konsep kepimpinan menurut islam dengan  memberikan hujah-hujah yang telah membuka minda kami dalam memahami dengan lebih mendalam tentang maksud tersurat dan tersirat sebuah kepimpinan. Beliau juga telah menerangkan kemahiran dan keterampilan yang diperlukan oleh seorang pemimpin. Beliau juga turut menekankan kepimpinan sebagai satu bentuk dakwah. Memetik daripada ulasan beliau”jadilah seorang doktor yang beriman dan mempunyai fikrah islamiah. Demikian juga kata beliau jadilah seorang jurutera, guru, akauntan yang mempunyai fikrah, yang boleh menyumbang kepada pembentukan bi’ah solehah dimana-mana sahaja. Begitu bererti kata-kata beliau. Ternyata bukan mudah untuk menjadi pemimpin dan begitu mudah untuk dipimpin. Oleh itu, pemimpin sekarang adalah orang yang telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk memimpin. Pemimpin merupakan penggerak kepada pembangunan bangsa. Begitulah ulasan yang cukup teliti oleh ustaz Anhar.

Kursus tersebut tamat pada jam 10.50 malam. Sisa masa 10 minit lagi diberikan untuk sesi soal jawab. Penerimaan daripada pelajar sungguh menggalakkan, mungkin kerana pendekatan penceramah yang santai tetapi padat berinformasi. Kursus tersebut diakhiri dengan sedikit jamuan ringan kelolaan unit makanan program.

Allahu ‘allam.

Sekian, terima kasih.

0 comments: