Search

pemberitahuan

0 comments

Assalamualaikum w.b.t
Laman web PMIMSU sudah berpindah ke
logo diatas juga adalah logo baru PMIMSU
teruskan menyokong PMIMSU

Bulan Rejab

0 comments

Assalamualaikum warahmatulah hiwabarakatuh.

Segala pujian kita panjatkan ke Hadrat Allah S.W.T kerana kita telah diberi peluang olehNya untuk masih lagi hidup pada bulan Rejab ini ,iaitu antara bulan yang paling mulia didalam kalendar Islam lantas dapatlah kita beramal semaksimum mungkin, InsyaAllah.
Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini.......... BULAN REJAB

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

1. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

InsyaAllah..mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.Amin.

Presiden PMIMSU

PERJUMPAAN BERSAMA AHLI

0 comments

PERJUMPAAN BERSAMA AHLI PMIMSU
02 JULAI 2009
HALL F
5.00 PTG
SILA HADIR YE SAHABAT
UNTUK YANG BERMINAT UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI
SILA HADIR KE BOOTH KAMI PADA
29-30HB JUN
DI DEPAN PUSAT ISLAM(SURAU) MSU
ATAU HUBUNGI
SAUDARA SYED: 0173925790
TOLONG SEBARKAN

KURSUS PENYEMBELIHAN

0 comments



...jangan lupa sahabat....

Kursus Kepimpinan PMIMSU'09

0 comments

           Pada 28 april 2009 yang lalu bersamaan dengan 3 jamadilawal 1430 iaitu pada hari selasa  telah diadakan kursus motivasi yang dianjurkan oleh persatuan mahasiswa islam, management & science university bertempat di hall F. Kursus tersebut berlansung pada waktu malam iaitu pada jam 9 malam hingga jam 11 malam yang dipengerusikan oleh saudara Mohamad Halim, iaitu selaku presiden persatuan mahasiswa islam MSU. Kursus ini telah dihadiri oleh para pimpinan majlis tertinggi (MT) persatuan mahasiswa islam, exco PMI, dan ketua unit bagi setiap exco, management & science university iaitu seramai 30 orang. Kursus ini turut disertai oleh ahli kelab penyayang PTPL bersama-sama presiden persatuannya. Objektif utama diadakan program ini adalah untuk melahirkan pimpinan yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan di samping menekankan sikap toleransi, berdisiplin, menepati masa dan professional. di samping itu juga, secara tidak lansung akan melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah cemerlang juga dalam bidang pengurusan

           Kursus yang berupa ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada University Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Ustaz Anhar. Beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat sibuk dalam menyampaikan ceramah dan terkenal di kalangan warga UPSI di perak. Seribu penghargaan kepada beliau kerana dalam kesempitan waktu dan ruang, beliau masih lagi sudi untik menerima jemputan kami. Terima kasih diucapkan. Tajuk ceramah beliau ialah “ Memegang tampuk kepimpinan sebagai satu bentuk dakwah”. Beliau telah menerangkan konsep kepimpinan menurut islam dengan  memberikan hujah-hujah yang telah membuka minda kami dalam memahami dengan lebih mendalam tentang maksud tersurat dan tersirat sebuah kepimpinan. Beliau juga telah menerangkan kemahiran dan keterampilan yang diperlukan oleh seorang pemimpin. Beliau juga turut menekankan kepimpinan sebagai satu bentuk dakwah. Memetik daripada ulasan beliau”jadilah seorang doktor yang beriman dan mempunyai fikrah islamiah. Demikian juga kata beliau jadilah seorang jurutera, guru, akauntan yang mempunyai fikrah, yang boleh menyumbang kepada pembentukan bi’ah solehah dimana-mana sahaja. Begitu bererti kata-kata beliau. Ternyata bukan mudah untuk menjadi pemimpin dan begitu mudah untuk dipimpin. Oleh itu, pemimpin sekarang adalah orang yang telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk memimpin. Pemimpin merupakan penggerak kepada pembangunan bangsa. Begitulah ulasan yang cukup teliti oleh ustaz Anhar.

Kursus tersebut tamat pada jam 10.50 malam. Sisa masa 10 minit lagi diberikan untuk sesi soal jawab. Penerimaan daripada pelajar sungguh menggalakkan, mungkin kerana pendekatan penceramah yang santai tetapi padat berinformasi. Kursus tersebut diakhiri dengan sedikit jamuan ringan kelolaan unit makanan program.

Allahu ‘allam.

Sekian, terima kasih.